Open top menu
Saturday, May 23, 2015

Setelah setahun bekerjaya dan menjadi salah seorang pengurusan di Syarikat Japan
Sedikit sebanyak membuka minda saya pengurusan kerja yang sistematik dan segalanya
Mengikut SPO ( Standard Procedure Operation ) dan tidak mengikut kata hati

Bahagian pengurusan sentiasa mencari jalan untuk mendapatkan sistem pengurusan yang lebih teratur
Pelaburan dari segi kewangan, masa, tenaga kerja dan juga lain adalah diperlukan ini kerana untuk mendapatkan satu pulangan yang positif.

Komunikasi berlaku antara kakitangan dan bahagian-bahagian ( department ) adalah amat berkesan. .
Selaras dengan kemajuan teknologi Syarikat ini menggunakan pelbagai cara untuk meningkatkan tahap perhubungan. Email dan intrenet web digunakan untuk hebohan

Berbalik kepada tajuk diatas adalah berdasarkan pengalaman sebenar setelah melalui sendiri di beberapa syarikat sederhana kebanyakkan milik bumiputera

Bukan untuk menghentam tetapi inilah senario sebenar yang berlaku disesetengah syarikat yang baru ditubuhkan atau sederhana.

Pengurusan di syarikat sederhana amat sederhana. Kebanyakkan pemilik syarikat akan memanggil pekerja terutama pekerja baru berjumpa didalam bilik beliau adalah semata-mata kejayaan beliau dan bagaimana penubuhan dan perbincangan tentang kerja hanyalah 10 peratus. Bayangkan selama 2 jam waktu, hanya 10 minit berkenaan dengan kerja dan selebihnya memuji tentang kejayaan.

Kejayaan sememangnya senantiasa menjadi inspirasi tetapi sekiranya diceritakan dengan kerap kali ia menjadi satu sampah. Kebanyakkan pemilik syarikat melayu cenderung untuk berkongsi kejayaan berlebihan. Tak kala juga ada yang bercerita tentang anugrah miliknya akibat daripada 'sumbangan wang runggit' dan beliau mencalonkan diri mereka.


Sebagai pendatang baru ia seakan menjadi mimpi ngeri buat mereka apabila mendengar ketidak telusan pengurusan segalanya dengan Melobi untuk mendapatkan apa yang dihajati

Sidir menyindir. Tidak dapat dinafikan ia menjadi salah satu amalan kebanyakkan pemilik syarikat untuk menyindir mana-mana pekerja yang bermasalah. Mereka tidak beretika dan menggunakan nada suara yang tinggi untuk mendapatkan perhatian.

Amatlah tidak adil sekiranya pengurusan utama dan tertinggi  mengamalkan amalan begini. Mengikut mana-mana syarikat besar, mereka menggunakan kaedah mendekati mana-mana pekerja yang bermasalah dengan mendengar apa masalah mereka. Apakah masalah mereka. Sekiranya serius tindakan perlu diambil perhatian kerana menjejaskan penghasilan kerja ( productive)

Kepada pendatang baru atau fresh graduate anda perlu berhati-hati dengan syarikat pertama anda.

Perkongsian di atas adalah benar dan bukan semua syarikat melayu seperti diatas.

Tagged
Different Themes
Written by Templateify

Aenean quis feugiat elit. Quisque ultricies sollicitudin ante ut venenatis. Nulla dapibus placerat faucibus. Aenean quis leo non neque ultrices scelerisque. Nullam nec vulputate velit. Etiam fermentum turpis at magna tristique interdum.

This is the most recent post.
Older Post

0 comments