tajuk entri ni sebenarnya adalah
teman aku dalam menempuhi kehidupan
ya, aku pernah merasakan saat kegagalan
pahit dan pedih itu adalah rempah rasa yang aku lalui
walaupun itu hanya ungkapan rasa bahasa jiwa
disaat aku dilanda kegagalan
hanya tuhan yang tahu
buntu untuk menghadapi hari esok.
bukan senang untuk menyenangkan hati
disaat kegagalan datang mengundang
hanya air mata yang tidak diundang menemani..
kadang² kegagalan yang datang itu adalah
satu hikmah yang perlu kita fikirkan
aku cukup faham kata orang pandai²
kegagalan itu perlu
tanpa kegagalan kejayaan tidak makna
dalam meratapi kegagalan
aku sentiasa beringat dan mengelakkan menanggis
menjerit secara berlebihan atau merosakan suatu benda
bukan jalan yang terbaik
apa yang pasti aku cuba menarik nafas sedalam dalam
yang mungkin dan sekerap yang dapat
yang mungkin dan sekerap yang dapat
agar fikiran aku lebih tenang
serta mampu untuk menaakul secara normal
kerana bagi aku kegagalan tanpa
tindakan yang positif
hidup tidak akan bermakna
tidak perlu diungkit sedalam mana kita terjunam tersungkur
namun perlu diingati berapa besar semangat untuk
bangkit daripada kegagalan
kegagalan bukan satu tanda penamat kehidupan
selagi mampu untuk berusaha
aku berusaha agar tidak akan menemui kegagalan
yang sama pada masa hadapan
pada hakikatnya kehidupan harus diteruskan
walaupun sepedih mana yang tercalit
sebaiknya terus bangkit
umpama satu buku, helai baru harus dicorak dengan
dakwat usaha yang berterus agar
helaian baru lebih bermakna
untuk helaian lain..
terima kasih...
tiada kegagalan kejayaan tidak bermakna
.png)
By
8:29 am

0 comments